

AHA PERFECTION ENTERPRISE, No. Pendaftaran: 202303041374 (TR0279371-V) merupakan syarikat pengendalian perkhidmatan makanan/katering (F&B) yang berpusat di Sungai Petani, Kedah. Kami berpengalaman lebih dari 13 tahun dalam industri merangkumi pengurusan acara dan majlis kepada organisasi korporat mahupun persendirian.
Pakej dan Servis

Majlis Korperat
Menyediakan hidangan untuk acara syarikat seperti seminar, mesyuarat, pelancaran produk, dan jamuan tahunan dengan servis profesional.

Majlis Persendirian
Katering untuk pelbagai acara peribadi seperti sambutan hari jadi, rumah terbuka, atau majlis khas dengan menu yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

Majlis Perkahwinan
Menyediakan pakej katering lengkap untuk majlis perkahwinan, termasuk hidangan tradisional dan moden, dekorasi meja, serta perkhidmatan penyajian.

Majlis Aqiqah
Hidangan khas untuk majlis aqiqah dan cukur jambul, termasuk penyediaan kambing aqiqah yang dimasak mengikut citarasa pelanggan.

Majlis Tahlil
Menyediakan makanan untuk majlis tahlil dan doa selamat dengan hidangan ringkas dan permintaan pelanggan.

Perkhidmatan Penyewaan
Menawarkan penyewaan peralatan katering seperti set buffet, kerusi, meja, kanopi, dan peralatan makan bagi melengkapkan majlis pelanggan.
Tempahan Secara Online
Anda boleh menempah dan bayar secara online untuk Pakej dan Perkhidmatan yang kami tawarkan.

Testimoni Pelanggan






Soalan Lazim (FAQ)
Apakah jenis perkhidmatan katering yang disediakan oleh Hafiz Catering?
Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, korporat, kenduri, jamuan rumah, majlis rasmi, dan lain-lain acara khas.
Adakah Hafiz Catering menyediakan pakej katering lengkap dengan peralatan dan dekorasi?
Ya, kami menawarkan pakej lengkap termasuk peralatan makan, set buffet, dekorasi meja, dan khemah jika diperlukan.
Bagaimana cara membuat tempahan dengan Hafiz Catering?
Anda boleh membuat tempahan terus secara online di website kami.
Berapa awal tempahan perlu dibuat sebelum majlis?
Sebaiknya, tempahan dibuat awal atau selewatnya 2 minggu sebelum majlis bagi memastikan kelancaran penyediaan makanan dan servis.
Adakah Hafiz Catering menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan sahaja tanpa staf penyajian?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan sahaja bagi pelanggan yang tidak memerlukan servis penyajian.
Berapakah jumlah minimum dan maksimum tetamu yang boleh dilayani oleh Hafiz Catering?
Kami menerima tempahan untuk sekurang-kurangnya 30 orang dan boleh menyediakan hidangan untuk lebih daripada 1000 tetamu.
Adakah Hafiz Catering menawarkan sesi rasa (food tasting) sebelum tempahan dibuat?
Ya, kami boleh mengatur sesi rasa makanan bagi pelanggan yang menempah pakej lebih 500 tetamu sebelum membuat tempahan rasmi.
Bagaimana dengan harga dan bayaran?
Harga bergantung kepada pakej dan jumlah tetamu. Kami memerlukan deposit untuk pengesahan tempahan dan baki bayaran sebelum majlis berlangsung.
Apakah Hafiz Catering menawarkan diskaun?
Kami menawarkan diskaun untuk pelanggan yang membuat bayaran penuh untuk semua Pakej Catering. Gunakan kupon kode 5%OFF semasa membuat pembayaran online di ‘checkout‘.
Apakah Terma & Syarat Hafiz Catering?
Tempahan & Bayaran
- Tempahan minimum adalah 30 pax.
- Deposit booking tarikh sebanyak RM200.00 (Tidak dikembalikan)
Deposit sebanyak 70% diperlukan untuk pengesahan tempahan. - Baki bayaran mesti diselesaikan 14 hari sebelum tarikh majlis.
Pembatalan & Penjadualan Semula
- Pelanggan boleh menukar tarikh majlis dengan memaklumkan sekurang-kurangnya 14hari sebelum tarikh asal (tertakluk kepada ketersediaan).
Perubahan Tempahan
- Sebarang perubahan jumlah tetamu atau menu mesti dimaklumkan sekurang-kurangnya 7hari sebelum majlis.
- Caj tambahan mungkin dikenakan untuk perubahan menu atau penambahan jumlah pax.
Penghantaran & Caj
- Caj penghantaran bergantung kepada lokasi majlis.
- Penghantaran dibuat dalam tempoh 3jam sebelum majlis. Pelanggan bertanggungjawab memastikan lokasi tersedia untuk penghantaran dan persediaan.
- Tanggungjawab & Keselamatan Makanan
- Makanan yang dihantar perlu dimakan dalam tempoh 4jam untuk menjamin kesegaran dan keselamatan makanan.
- Hafiz Catering tidak bertanggungjawab ke atas sebarang isu kesihatan selepas tempoh tersebut.
Bencana Luar Jangka
Hafiz Catering tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau pembatalan akibat bencana alam, sekatan kerajaan, atau keadaan luar jangka lain.
Dengan membuat tempahan, pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat ini.
Antara pelanggan Hafiz Catering :
